Tiba-tiba RM 49.2 Juta Masuk Akaun Bank, Pasangan Kekasih Sempat ‘Joli’ Sakan Beli 4 Buah Rumah Sebelum Ditahan

14 Oct 2022 • 6:28 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Sepasang kekasih didakwa kerana dipercaya telah menggunakan sejumlah wang bernilai RM49.2 juta yang diperoleh daripada kesilapan transaksi mata wang krypto.

Memetik 9News, mereka berdua sedar akan perkara itu apabila melihat jumlah wang dalam akaun bank mereka meningkat secara mendadak. Susulan dari itu, pasangan ini juga dikatakan telah membeli empat buah rumah dengan kelengkapan selain menyelesaikan beberapa hutang lain.

Kedua-dua pasangan ini telah didakwa di mahkamah Melbourne, namun telah dibebaskan dengan jaminan. Bermula pada Mei tahun lalu dimana sebuah platform mata wang kripto, Crypto.com sepatutnya memasukkan sejumlah wang bernilai RM470 ke dalam akaun tertuduh wanita.

Walau bagaimanapun, tertuduh menyedari kesilapan sistem transaksi itu apabila wang berjumlah RM49.2 juta dimasukkan dalam akaun mereka.

Tertuduh kemudian memindahkan wang tersebut ke akaun teman lelakinya. Manakala lelaki itu mendakwa dia beranggapan bahawa wang yang masuk itu adalah hadiah kemenangan daripada satu pertandingan oleh syarikat kripto yang disertainya.

Namun, syarikat tersebut menafikan bahawa mereka mengadakan sebarang pertandingan seperti yang didakwa oleh pasangan tersebut.

Difahamkan, sebahagian daripada jumlah wang tersebut telah dikembalikan dan masih mempunyai baki sebanyak lebih kurang RM14 juta yang masih tertunggak.

Syarikat tersebut hanya menyedari kesilapan tersebut semasa audit dijalankan pada Disember tahun lalu.

“Seorang pekerja di Bulgaria yang ditugaskan untuk memproses membayar semula dana pelaburan tersilap memasukkan nombor dalam sistem mereka,” kata Pegawai Pemantau Crypto.com, Michi Chan Fores, lapor 9News.

Sumber: 9News