“Tiba-Tiba Tahu Kahwin” – Puteri Sarah Dakwa Syamsul & Ira Bernikah Secara Rahsia Di Thailand

Entertainment
27 Dec 2022 • 1:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kemelut rumah tangga antara Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof seakan-akan tidak berakhir apabila kali ini pengarah terkenal itu didakwa telah berkahwin di Thailand bersama Ira Kazar.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Puteri Sarah di Instagramnya, dia menyatakan bahawa suaminya itu telah bernikah di negara tersebut namun tidak membuat sebarang pengakuan sehingga ke hari ini.

Ramai tanya Sarah pasal ni. Dan ada juga tak puas hati. Sebagai isteri, memang wajib taat suami tapi kita suka ke tiba-tiba tahu kahwin dekat Thailand? Lepastu tak mengaku?”

Dalam pada itu, Sarah juga seakan-akan ‘menyindir’ suaminya yang sebelum ini mendakwa akan mengenakan tindakan terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kerana kenyataan fitnah.

Nak saman JAWI tu dah betul-betul pasti ke? Jangan terbalik pula jadinya.”

image is not available

Terdahulu, Puteri Sarah pernah meminta Syamsul untuk menjelaskan sebarang desas-desus isu berkahwin secara senyap untuk mengelak sebarang kemusykilan.

image is not available 5 hari lalu

"Tiber Nak Saman, So Betul Lah?" - Puteri Sarah Persoal Tindakan Syamsul Nak Saman JAWI, Suruh Mengaku Saja