Ticketmaster – Live Nation Digodam Menyebabkan Data 560 Juta Pengguna Dijual

TechnologyDigital
30 May 2024 • 11:04 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pernahkan anda membeli tiket menerusi Live Nation? Sekiranya ya berita pagi ini harus mendapat perhatian anda keran laman Ticketmaster – Live Nation telah menjadi mangsa serangan siber yang menyebabkan lebih 560 juta pengguna dijual di laman web gelap.

image is not available

Menurut penggodam, 560 juta data pengguna yang digodam mengandungi maklumat nama penuh, alamat kediaman, alamat emel, nombor telefon, sejarah pembelian tiket, dan empat nombor akhir kad yang digunakan dalam transaksi yang pernah dilakukan. Saiz fail yang digunakan adalah sekitar 1.3 TB dan dijual pada harga $500,000.

Pihak Ticketmaster – Live Nation belum memberikan komen data pelanggan dari negara mana yang terjejas oleh serangan siber ini. Live Nation beroperasi di 32 negara seluruh dunia termasuk Malaysia dengan ia adalah syarikat induk kepada Ticketmaster.