Tidak Ada Kasino Kedua Akan Dibina - PM

Politics
15 May 2024 • 12:27 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar Ibrahim - Gambar BERNAMA

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa tidak ada kasino kedua akan dibina di negara ini.

Perdana Menteri berkata, Malaysia sedanng memberi tumpuan kepada sektor transformasi digital dan peralihan tenaga, selain kecerdasan buatan (AI).

Menurut beliau, kesemua sektor itu berpotensi memberi pulangan lumayan untuk pertumbuhan lebih baik.

Justeru tegasnya, tiada keperluan untuk negara membina kasino kedua.

“Tidak sama sekali! Malaysia tidak perlu meneroka perniagaan kasino kedua. Kita sedang memfokus kepada transformasi digital dan peralihan tenaga, selain kecerdasan buatan (AI) dan kita percaya ini adalah industri yang diperlukan untuk memacu negara,” katanya seperti dilaporkan Bernama di Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024.

Anwar menyatakan demikian ketika ditanya jika Malaysia sedang menimbangkan kemungkinan untuk membina kasino kedua di bawah kerajaan Madani.

Terdahulu, Perdana Menteri berulangkali menafikan kemungkinan mendirikan kasino kedua di Forest City, Johor.

Malaysia selama ini hanya membenarkan satu kasino dibina, yang dilesenkan kepada Genting pada 1969.

Kumpulan syarikat itu turut mempunyai kasino di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Singapura. - The Vibes, 15 Mei 2024