
Kota Kinabalu: Sebuah syarikat dan dua ahli lembaga pengarahnya masing-masing didenda RM21,000 atas 21 pertuduhan gagal membayar bayaran cukai perkhidmatan membabitkan RM44,819.24 antara 2018 dan 2022.
Hakim Mahkamah Sesyen Egusra Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Everyday Gourmet Sdn Bhd, Tsen Pai Lin @ Lucy dan Vickie Chu Kim Yee selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka.
Mahkamah memerintahkan setiap tertuduh membayar RM1,000 atau dua bulan penjara bagi setiap pertuduhan dan juga membayar cukai penuh serta penalti berjumlah RM1,611,427.45.
Syarikat dan pengarah lembaga gagal membuat pembayaran cukai perkhidmatan mengikut tempoh ditetapkan untuk 21 tempoh bercukai antara 2018 dan 2022.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Kesalahan di bawah Seksyen 26(4) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 26(8) Akta sama itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM50,000, atau kedua-duanya, atas sabitan.
Mengikut fakta kes, mereka memang mengemukakan cukai jualan dan perkhidmatan SST-02 kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah mengikut tempoh ditetapkan tetapi gagal membayar jumlah cukai perkhidmatan.
Mereka juga gagal membayar penalti kerana pembayaran lewat.
Ketika mitigasi, peguam Syazwan Shah yang mewakili syarikat dan pengarah lembaga terbabit, merayu denda paling rendah.
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Kastam Azizah Talibe menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman pencegahan sebagai pengajaran kepada semua tertuduh dan orang kena cukai yang lain.
Mereka membayar denda.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

