“Tidak Benar, Fitnah” – Pihak Pengurusan Nafi Alya Iman Punca Cerai Zizi Kirana Dan Yusuf Bahrin

EntertainmentPolitics
3 Apr 2026 • 9:51 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Nama pelakon Alya Iman tiba-tiba menjadi sasaran netizen apabila didakwa sebagai punca perpisahan pasangan selebriti, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin yang kini hangat diperkatakan.

Susulan itu, pihak pengurusan tampil mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan keadaan sebenar serta menafikan segala tuduhan yang tular.

Dakwaan tidak benar dan berunsur fitnah

image is not available

Menerusi kenyataan dikeluarkan oleh Stars Powerhouse Entertainment, pihak mereka memandang serius penyebaran dakwaan yang mengaitkan Alya Iman dengan isu rumah tangga pasangan tersebut.

image is not available

Dalam masa sama, pihak pengurusan turut memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang terus menyebarkan fitnah tersebut.

Mereka turut menggesa agar semua kandungan berkaitan dihentikan serta-merta dan dipadam dari semua platform media sosial.

Pssttt! Dalam era media sosial, tuduhan tanpa bukti boleh tersebar dengan sangat cepat dan memberi kesan besar kepada individu yang terlibat. Sebelum berkongsi atau mempercayai sesuatu, pastikan ia sahih. Jangan jadikan platform sebagai tempat menyebarkan fitnah.

Kredit: Instagram Stars Powerhouse Entertainment
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Tidak Benar, Fitnah” – Pihak Pengurusan Nafi Alya Iman Punca Cerai Zizi Kirana Dan Yusuf Bahrin appeared first on Oh! Media.