Tidak berhasrat teruskan pendakwaan, Bung Moktar bebas kes rasuah RM2.8 juta

LocalPolitics
16 Jan 2026 • 10:35 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebas dan melepaskan bekas Ahli Parlimen Kinabatangan, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Menurut laporan Sinar Harian, Hakim Rosli Ahmad memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan tidak berhasrat untuk meneruskan pendakwaan terhadap Bung Moktar.

Bung Moktar bebas kes rasuah

image is not available

Pun begitu, pendakwaan terhadap isteri arwah iaitu Datin Seri Zizie Izette A. Samad tetap diteruskan apabila Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasinya untuk menggugurkan pertuduhan bersubahat.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan perbicaraan terhadap Zizie Izette diteruskan pada 5, 6 dan 12 Mac ini.

Allahyarham yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada 5 Disember 2025 lalu di usia 66 tahun akibat komplikasi paru-paru dan buah pinggang.

Dalam arena politik Sabah, Bung berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Lamag pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 dengan majoriti 153 undi dalam saingan enam penjuru.

Allahyarham turut mencatat rekod perkhidmatan panjang sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan apabila memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999 dan berkhidmat selama enam penggal berturut-turut.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)