Tidak Cukup 4 Hari, Konsert Coldplay Di Singapura Ditambah Sehari Lagi Susulan Permintaan Tinggi

Entertainment
19 Jun 2023 • 6:51 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Umum mengetahui, kumpulan rock alternatif Coldplay sedang dalam rangka siri jelajah Konsert Coldplay Music of The Spheres World Tour.

Bagi destinasi di Asia, Coldplay bakal mengadakan konsert di beberapa negara antaranya Malaysia dan Indonesia.

Pengumuman ini nyata mengundang kekecewaan kepada peminat kumpulan Rock Alternatif ini di Singapura apabila pada ketika itu tiada sebarang pengumuman konsert akan dibuat di negara berkenaan.

Namun, pada 12 Jun yang lalu, kumpulan yang dianggotai oleh Chris Martin, Will Champion, Jonny Buckland dan Guy Berryman nyata mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan bakal mengadakan konsert selama empat hari di Stadium Nasional, Singapura.

Permintaan Tinggi, Coldplay Tambah Satu Hari Konsert Menjadikan Konsert Di Singapura Selama Lima Hari

Persembahan empat malam berturut-turut itu akan diadakan pada 23,24,26 dan 27 Januari 2024 sebelum konsert seterusnya diadakan di Bangkok, Thailand.

Sesi Pra-Jualan tiket mula dibuka pada 19 Jun jam 2 petang menerusi laman web rasmi Live Nation Singapura dengan harga tiket yang dijual adalah serendah SG$68 (RM234).

Namun, ekoran daripada sambutan yang menggalakkan, Coldplay menerusi akaun twitter rasmi sekali lagi mengejutkan orang ramai apabila memuat naik satu ciapan berhubung tambahan satu hari lagi konsert mereka di Singapura pada 30 Januari 2024.

Ini menjadikan keseluruhan konsert The Spheres World Tour di Singapura adalah selama lima hari.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa sistem pra-jualan tiket di negara itu sesak dengan anggaran 700,000 orang pelayar yang melayari laman web berkenaan.

Walaubagaimanapun, penganjur konsert berkenaan memberi jaminan bahawa tiket konsert berkenaan masih ada dan peminat boleh mendapatkan tiket konsert semasa sesi jualan tiket yang akan diadakan sepenuhnya pada esok (20 Jun).

Tiket konsert pada hari kelima juga akan mula dibuka esok (20 Jun) bermula jam 10 pagi.

Menerusi ciapan berkenaan, rata-rata warganet khususnya peminat di Singapura menyambut baik pengumuman yang dibuat itu.

Namun, ada juga yang tidak berpuas hati dan mempersoalkan tempoh konsert yang terlalu lama berbanding negara Asia yang lain seperti Indonesia dan Malaysia yang hanya berlangsung selama satu hari.

Berikut antara komen netizen:

Bapak Sedih, Dekat Malaysia Dua Hari Pon Tak Dapat

image is not available

image is not available

Secinta Itukah Chris Dengan Singapura

image is not available

image is not available
Foto: Twitter Coldplay

Source: