Tidak dapat campur tangan tapi Fahmi percaya ada rezeki Tyzo Xander tak lama lagi

14 Jan 2024 • 1:53 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan beliau tidak dapat campur tangan dalam isu Tyzo Xander dengan Suria FM kerana ia melibatkan kontrak antara individu terbabit dengan pihak ketiga.

Malah, Fami juga mengakui beliau tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai nasib menimpa Tyzo apabila khidmatnya sebagai penyampai radio Suria FM ditamatkan berkuatkuasa 12 Januari lalu.

“Semalam, saya terserempak dengan individu tersebut (Tyzo) di sebuah pusat beli-belah. Jadi saya simpati dengan apa yang berlaku.

“Tapi saya tak ada perincian sebab musabab ia berlaku. Bagaimanapun, saya lihat insya-Allah Malaysia mempunyai banyak ruang dan peluang untuk pelbagai bakat ini menyerlah.

“Saya juga percaya beliau akan ada rezeki tak lama lagi. InsyaAllah,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Orkid Wing di Pakar Mata Oasis di sini, hari ini.

Semalam, Fahmi memuat naik gambarnya bersama Tyzo sewaktu beliau terserempak dengan penyampai radio popular itu di sebuah pusat membeli-belah.

Hantaran yang dimuat naik Fahmi itu mendapat respons dalam kalangan netizen yang turut menyarankan agar beliau melakukan sesuatu untuk memastikan Tyzo dapat meneruskan kerjayanya sebagai penyampai radio seperti biasa.

Tidak kurang juga menyarankan Fahmi memantau corak pengurusan Suria FM yang kerap menamatkan khidmat penyampai radio mereka tanpa sebarang alasan munasabah. – 14 Januari, 2024


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved