Tidak Lagi Berbadan Sado & ‘Tough’, Penampilan Terbaru The Rock Buat Ramai Peminat Terkejut

EntertainmentMovie
2 Sep 2025 • 2:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon antarabangsa, The Rock memang dikenali dengan imej berbadan sado namun penampilan terbarunya yang benar-benar berbeza telah mengejutkan ramai peminatnya.

Terkenal dengan francais filem Fast & Furious, The Rock atau Dwayne Johnson memang terkenal dengan tubuh kekar dan sering membawa watak lelaki kuat serta hebat.

Bagaimanapun, aktor berusia 53 tahun itu kini tidak lagi berbadan sado kerana beratnya susut dan dilihat mempunyai tubuh badan seperti seorang atlet.

image is not available

Sebelum ini, berat badan The Rock mencecah 136 kilogram namun kini dia berjaya melalui transformasi menurunkan berat badannya sebanyak 27 kilogram dengan cara yang sihat dan menjadi 108 kilogram.

Katanya, penampilan itu adalah pengorbanan yang disifatkan oleh The Rock sebagai sesuatu yang memang sudah diinginkannya sejak sekian lama.

image is not available

image is not available

Ini adalah transformasi yang ingin saya lakukan sejak dulu. Saya sangat bertuah kerana memiliki karier yang membenarkan saya merealisasikan apa yang ada dalam fikiran.

Difahamkan, transformasi itu dilakukannya untuk memenuhi tuntutan watak filem terkininya, The Smashing Machine di mana dia akan membawa watak ikon MMA, Mark Kerr.

Selepas sekian lama, saya berfikir apa lagi yang boleh saya lakukan? Bagaimana dengan penampilan dan arah saya? Saya mahu melakukan hal yang lebih jauh dan saya mendapatkannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-26 15:13:54

"HE IS BACK" - Penampilan Terbaru Adam AF2 Buat Peminat Teruja