Tidak Lagi Beroperasi, Penduduk Sedih Petronas Jalan Santubong Tutup Secara Tiba-Tiba

17 Mar 2023 • 3:00 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Petronas Jalan Santubong ‘parmanently closed’ bermula hari ini

Tidak Lagi Beroperasi, Penduduk Sedih Petronas Jalan Santubong Tutup Secara Tiba-Tiba. Sekiranya anda merupakan penduduk sekitar Santubong, Rampangi ataupun sekitar itu, pasti anda mengenali sebuah stesen minyak Petronas yang terletak di laluan menghala ke Damai ataupun Santubong.

Satu-satunya stesen minyak yang terletak di kawasan itu, pastinya stesen minyak ini sangat bermakna dan membantu bagi penduduk sekitar itu sekiranya kenderaan mereka kehabisan gas.

image is not available
Tidak Lagi Beroperasi, Penduduk Sedih Petronas Jalan Santubong Tutup Secara Tiba-Tiba. Kredit: Facebook

Penduduk sekitar sedih atas penutupan cawangan tersebut

Namun, ada sedikit khabar duka apabila seorang individu berkongsi mengatakan stesen minyak itu sudah pun menghentikan operasinya di Jalan Santubong.

image is not available

Tambah individu tersebut, beliau dimaklumkan oleh staf Petronas cawangan itu sendiri mengenai penutupan stesen minyak tersebut pada hari ini.

Menerusi satu lagi perkongsian individu di Facebook, cawangan tersebut ditutup kerana pemilik Petronas Santubong itu telah pun meninggal dunia pada 13 mac lalu.

image is not available

Pastinya perkara ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada penduduk sekitar memandangkan mereka perlu ke stesen minyak yang lebih jauh untuk mengisi minyak.

Baca lagi artikel menarik: