
Meskipun tidak pernah mengumumkan atau berkongsi berita kehamilannya, perkara itu tetap mendapat perhatian peminat bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal.
Sebelum ini, foto dikongsikan Syasya di media sosial sering menerima komen daripada peminat yang tertanya sekiranya dia berbadan dua.
Kini, peminat Syasya sudah boleh berhenti berteka-teki kerana dia sudah pun berkongsi secara terbuka tentang kehamilannya.

Menerusi Instagram story @syasya.rzl, dia telah berkongsi foto sedang berpimpin tangan bersama suami di laut ketika bercuti di sebuah pulau.
Berdasarkan foto itu, Syasya dipercayai secara tidak langsung mahu berkongsi kepada umum tentang kehamilannya memandangkan perutnya juga sudah jelas menampakkan ‘baby bump’.

Terdahulu Syasya telah melangsungkan perkahwinanya bersama suaminya, Nasrullah pada 21 April lalu.
"Saya Cuma Buncit Sikit.." - Nampak 'Baby Bump' Selepas Dua Bulan Bernikah, Syasya Rizal Akui Belum Ada Simptom Hamil
The post Tidak Lagi Berselindung, Syasya Rizal Kongsi Foto Nampak ‘Baby Bump’ Ketika Bercuti Di Pulau first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

