Tidak lagi dikecam, Shuk Sahar syukur rakyat Malaysia pemaaf

Politics
10 Jul 2024 • 9:46 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas penyampai radio, Shuk Sahar meluahkan rasa syukur kerana rakyat Malaysia pemaaf dan dirinya diterima baik oleh orang ramai dalam kemunculan semula dalam industri seni.

Memetik laporan Kosmo!, Shuk bersyukur penerimaan itu berlaku selepas dia mendirikan rumah tanga bersama Fara Salleh pada November lalu.

Shuk Sahar syukur rakyat Malaysia pemaaf

image is not available

Menurut Shuk atau nama sebenarnya Mohamad Shukri Mohamed Sahar, perkara positif itu dilihat berlaku selepas ‘digam’ daripada menerima sebarang tawaran lakonan dan pengacaraan selama dua tahun.

“Satu perkara yang saya bersyukur hidup di negara ini ialah rakyat Malaysia pemaaf. Saya lihat penerimaan orang sudah semakin baik.

“Kita tahu kalau kita melakukan sesuatu yang salah mereka akan marah tetapi kalau kita buat sesuatu untuk membetulkan keadaan, mereka terbuka dan menerima.

“Berbanding dulu kalau orang nampak kami bersama orang akan kecam, sekarang kalau muat naik foto bersama apa pun orang tak kecam, orang okey,” katanya.

Shuk yang juga pelawak itu berkata demikian pada sidang media Dol’s Podcast bersama Shuib dan Fizie di Tasty Chapati, Petaling Jaya pada Selasa.

image is not available

Sementara itu, bekas pengacara radio berusia 38 tahun itu turut berkongsi pernikahannya bersama Fara diadakan secara sederhana sahaja.

“Kami buat secara ringkas sahaja sebab saya perlu menjaga banyak hati yang saya tak boleh puaskan.

“Jadi saya ambil keputusan kita jalankan dulu apa yang wajib. Manalah tahu tiba-tiba ada rezeki lebih, mungkin kita boleh buat kenduri lain dan saya akan jemput,” ujarnya.

image is not available

Sekadar info, Shuk pernah mendirikan rumah tangga bersama Rossa Sera pada 2015 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain dan Nur Assyiftu Aimi.

Bagaimanapun, pasangan itu kemudian bercerai pada 22 Mac 2023 selepas Shuk terpalit dengan kontroversi curang terhadap isterinya.

Sumber: Kosmo! Online (Nur Emira Saizali)

View Original Article