
Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) akan kekal dimansuhkan susulan sudah tidak relevan.
Justeru, dia berkata Kementerian Pendidikan (KPM) kekalkan keputusan tersebut dan tidak akan mengembalikan UPSR serta PT3, di mana kedua-duanya telah dimansuhkan sejak 2021 dan 2022.

Sebaliknya kita memberikan ruang kepada PBS ini berlangsung dengan baik.. apa pun yang berlaku dalam pendidikan harus dikembalikan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Fadhlina memaklumkan hal tersebut ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 peringkat dasar bagi KPM di Dewan Rakyat.

Tegas Fadhlina lagi, PBS bersifat lebih holistik yang merangkumi pentaksiran berorientasikan perkembangan murid secara keseluruhan, bahkan memfokus pembelajaran bukan tertumpu hanya dari segi gred dan markah peperiksaan sahaja.
"Anak-Anak Kita Bukan Tikus Makmal, Kejap Ada Peperiksaan, Kejap Tidak" - UPSR & PT3 Kekal Mansuh
The post “Tidak Lagi Relevan..” – Tak Akan Berpatah Balik, KPM Kekal Mansuhkan UPSR & PT3 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

