Songkok mempunyai sejarah yang panjang dalam tradisi Melayu. Perhiasan kepala lelaki Melayu yang dikategorikan dalam keluarga destar ini dipercayai berasal dari Timur Tengah dan Asia Selatan sebelum diperkenalkan ke Tanah Melayu.
Di zaman dahulu, songkok digunakan oleh golongan bangsawan dan pahlawan sebagai lambang martabat dan kedudukan selain menjadi simbol kesopanan dan identiti masyarakat Melayu.
Tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas, songkok kini terus kekal menjadi perhiasan kepala yang sering digayakan terutama dalam acara rasmi dan keagamaan seperti solat berjemaah, majlis perkahwinan dan hari lebaran.
Jurufoto FIKRI YUSOF merakam proses pembuatan songkok yang diusahakan sekumpulan anak muda dipremis mereka, Butik Songkok Malaya yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam, baru-baru ini.
Pembuatan songkok yang penuh ketelitian dan kemahiran bukan sahaja mencerminkan keindahan seni, tetapi membuktikan betapa pentingnya usaha menjaga dan meneruskan tradisi yang telah diwarisi sejak zaman dahulu.


Jarum peniti di cucuk pada songkok sebelum proses akhir jahitan.






The post Tidak lapuk dek zaman, songkok pelengkap gaya lelaki Melayu (FOTO ESEI) appeared first on Selangorkini.
