Tidak Mahu Sambut Hari Jadi, BM KARD Tunjuk Solidariti Buat Palestin

20 Oct 2023 • 11:09 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Bukan mudah seseorang selebriti untuk menyatakan sokongan terhadap apa-apa agenda politik yang berlaku di dalam dunia.

Terbaru, BM atau Big Matthew dari kumpulan KARD telah meluahkan sokongan buat Palestin selepas serangan Israel yang membedil kota itu dan membunuh ribuan orang kini.

Kata idoal itu, dia tidak berasa seperti mahu menyambut hari kelahirannya pada 20 Oktober ini memandangkan terdapat ramai individu yang tidak berdosa terbunuh di Gaza kini,

Walaupun saya mampu menyambut satu lagi hari jadi tahun ini, namun terdapat ramai penduduk Gaza yang tidak bersalah terkorban hari ini lantas saya terasa kehilangan kelebihan untuk bergembira. Sila berdoa buat semua nyawa yang hilang dan semua yang terdesak mahu menyaksikan pengakhiran pada semua ini.

Setakat ini, ciapan BM itu sudah pun ditonton sebanyak 1.5 juta kali di Twitter selain turut menerima sokongan dari ramai peminat K-Pop.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.