Tidak Mahu Terus Digelar Makcik Kemboja, ‘Madam’ Mariyah Terus Positif, Lancar AURAMARIA

LocalBeauty
25 Aug 2025 • 2:09 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Usahawan Mariyah Yaakob, 50, pernah melalui satu fasa hidup yang amat mencabar apabila namanya dikaitkan dengan kontroversi sehingga digelar ‘Makcik Kemboja’.

Gelaran itu bukan sahaja memberi tekanan emosi kepada beliau sendiri, malah turut menjejaskan kehidupan anaknya yang masih belajar. Pada ketika itu, Mariyah berada dalam fasa gelap yang menyakitkan, terpalit dengan pelbagai tohmahan yang cukup memeritkan.

Namun, daripada segala kesulitan itulah lahir sebuah kekuatan baharu. Mariyah mengakui ada khilaf dan telah memohon maaf dengan hati yang ikhlas atas apa yang berlaku. 

Daripada terus berduka, Mariyah mengambil keputusan untuk tidak terus terperangkap dalam bayang-bayang kontroversi, sebaliknya memilih untuk bangkit dan memperbaiki diri. 

image is not available

Tidak mahu lagi lagi dibayangi dengan gelaran ‘Makcik Kemboja’, Mariyah kini lebih senang jika orang mengenalinya dengan nama Madam Mariyah. 

“Secara peribadi, Madam lebih selesa dikenali sebagai Madam Mariyah, nama yang digunakan oleh pengikut di TikTok. Walaupun panggilan ‘Makcik Kemboja’ pernah terasa sensitif, Madam belajar untuk terima kerana orang bebas berkata apa sahaja. Apa yang penting ialah bagaimana kita bangkit dan jadi lebih baik, bukan bagaimana orang melabel kita.

Madam sedar ada khilaf, dan Madam sudah memohon maaf dengan hati yang ikhlas. Apa yang penting, Madam berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan lalu. Sekarang, Madam pilih untuk teruskan kehidupan dan menjadi insan yang lebih baik,” ujar Mariyah.

Terbaharu, Mariyah melancarkan jenama AURAMARIA dengan memperkenalkan produk pertamanya, Kopi Che’Lims. Menurutnya, jenama ini bukanlah sekadar produk kecantikan biasa, tetapi lambang kekuatan dan simbol kebangkitan seorang wanita yang pernah diuji hebat. 

“Setelah melalui trauma perceraian secara live yang menamatkan 20 tahun perkahwinan, serta kesukaran menguruskan bisnes yang merosot, Madam hampir hilang semangat dan mengalami tekanan perasaan.

"Namun, dari titik paling gelap inilah sinar baharu muncul. Sokongan anak-anak, keluarga, staf dan terutama followers di TikTok menjadi kekuatan untuk Madam bangkit kembali. Madam yakin setiap ujian ada hikmahnya, dan tanpa ujian itu, mungkin AURAMARIA tidak akan pernah lahir,” ujar Mariyah lagi. 

Tambah Mariyah, dia berharap agar jenama ini terus berkembang dan menjadi simbol kebanggaan wanita di seluruh negara.

Madam mahu membawa setiap wanita Malaysia tampil lebih yakin dan cantik, tidak hanya dari segi fizikal tetapi juga kekuatan dalaman.

“AURAMARIA adalah lebih daripada sekadar produk kecantikan, ia adalah sebuah perjalanan yang membantu wanita merasai kecantikan, keyakinan dan kebahagiaan dalam hidup mereka. Moga ia juga menjadi inspirasi kepada ramai yang sedang berjuang dalam kehidupan,” katanya.

image is not available

Selain Kopi Che’Lims, AURAMARIA juga tampil dengan rangkaian produk lain seperti Set SirnaSari, Krim Putih Cerah, serta Set Aura ‘Lotion & Soap’. 

Jenama dan produk-produk ini telah dilancarkan di Impiana Hotel Senai, Johor pada Ahad lalu. 

Mariyah juga turut merancang untuk melancarkan beberapa produk eksklusif pada masa akan datang termasuk AURAMARIA ‘Maintain Set’ dan banyak lagi.

Hidup Susah, Berniaga Demi Mengubah  Nasib Kerluarga 

Sedikit tentang latar belakang Mariyah, dia telah mula berniaga sejak awal tahun 90-an dan semangat usahawan ini telah wujud sejak kecil lagi. Anak kelahiran Kemboja ini telah kehilangan bapa tersayang di dalam perperangan ketika berusia empat tahun. 

Ibunya yang sarat mengandung ketika itu telah membawa lari anak kecil itu ke Malaysia bagi menyelamatkan diri dan akhirnya berjaya menjadi penduduk tetap di Malaysia. 

Mariyah banyak menghabiskan masa beliau dalam membantu ibunya berniaga nasi lemak dan kuih-muih dari rumah ke rumah dan juga di tepi jalan, demi membantu ibu dan mengubah nasib keluarga. 

Mariyah bersemangat untuk berjaya dalam perniagaan dan kuat mengharungi apa jua rintangan yang mendatang. Dengan adanya minat yang mendalam terhadap kecantikan dan fesyen, Mariyah memulakan perniagaan secara serius dengan produk kecantikan SirnaSari yang diasaskan oleh ibu angkatnya.

Setelah itu, dia juga telah menceburkan diri ke dalam bidang fesyen dengan membuka perniagaan tudung yang bernama Idaman Hawa Collection yang diuruskan bersama adik-adik yang lain dan juga telah berjaya membuka butik bernama I’jaz Laila di Angsana, Johor. 

Kini perniagaan produk jenama AURAMARIA beroperasi di BIZHUB Skudai, Johor di bawah syarikat Maria Groups. - Getaran, 25 Ogos 2025