“Tidak Pasti Sama Ada Wanita Itu Dapatkan Rawatan Mental Di Negeri Lain …”- Suspek Nahas Pelajar UiTM Tiada Rekod Rawatan Mental di Terengganu

11 Oct 2024 • 4:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan kes kemalangan yang melibatkan empat orang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Dungun yang telah meragut nyawa tiga daripada mereka.

Memetik dari Sinar Harian, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong mengesahkan bahawa suspek wanita itu tidak mempunyai rekod rawatan kesihatan mental di mana-mana fasiliti kesihatan di negeri tersebut.

Bagaimanapun, kita tidak pasti sama ada wanita tersebut ada mendapat rawatan mental di negeri lain.

image is not available

Dr Kasemani turut berkata mana-mana ahli keluarga yang berkemungkinan menghidapi penyakit mental dinasihatkan untuk tampil menghantar individu tersebut untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Jangan malu untuk datang dapatkan rawatan kesihatan mental. Masyarakat kena ubah persepsi mengenai penyakit mental ini.

Wanita yang telah merempuh pelajar UiTM itu telah direman selama empat hari bermula Khamis.

Sebelum ini, telah tular dakwaan yang mengatakan suspek yang mempunyai tiga orang anak itu mempunyai masalah mental.

Info tambahan, Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Wan Rukman Wan Hassan berkata, dalam kejadian pada 7.35 malam itu, tiga orang pelajar UiTM Kampus Dungun itu maut manakalah seorang lagi daripada mereka cederah parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh oleh suspek di Jalan Pantai berhadapan dengan UiTM tersebut.

image is not available

image is not available 4 days ago

Ibu Bapa Mangsa Nahas UiTM Dungun Patah Balik, Dalam Perjalanan Ke Mekah Untuk Tunai Umrah