
Harga jualan semula RX-Z terus melambung tinggi oleh seorang pengguna Facebook
Tidak Pernah Didaftarkan Sejak 2002, Yamaha RX-Z Ini Sedia Dijual Dengan Harga Mencecah RM120,000. Yamaha RX-Z mula diperkenalkan sejak tahun 1985 dan menjadi pilihan popular di kalangan golongan muda. Menurut laporan, model itu telah berada di pasaran selama 25 tahun dan telah dihentikan pada tahun 2010.
Bagaimanapun, model itu masih menjadi rebutan ramai sehingga kini. Sejak akhir-akhir ini, RX-Z sekali lagi menjadi fenomena menerusi penganjuran pelbagai acara yang diadakan.
Bukan itu sahaja, sumber mengatakan bahawa model itu turut menjadi saksi di mana terdapat pembeli sanggup tukar tanah lot demi mendapatkan Yamaha RX-Z. Bahkan, ada yang sanggup melepaskannya dengan harga mencecah RM70,000.
Seorang pengguna Facebook menjual RX-Z dengan harga yang tinggi pada tahun 2023 ini
Dalam pada itu, baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Muhammad Imran sedia melepaskan Yamaha RX-Z Catalyzer keluaran tahun 2002 dengan harga jualan semula yang melambung tinggi, iaitu RM120,000.

Model RX-Z paling mahal ditawakan setakat ini
Yamaha RX-Z merah itu ditawarkan pada harga setanding kereta sedan dari Jepun, dikatakan mempunyai nilai yang tinggi kerana statusnya yang tidak berdaftar. Tawaran harga tinggi itu juga merupakan salah satu model RX-Z paling mahal yang pernah ditawarkan setakat ini.
Menerusi perkongsian itu, penjual tersebut turut menawarkan sebuah lagi model Yamaha RX-Z dengan pelbagai aksesori pada harga RM75,000 yang telah ‘dirisik’ oleh pembeli baharu. Bagi coverset untuk model itu pula ditawarkan dengan harga sekitar belasan ribu tinggit.

Harga yang ditawarkan mungkin agak tinggi untuk bukan peminat RX-Z, tetapi bagi peminat yang mengidamkan model Yamaha RX-Z Catalyzer itu, mungkin akan membelinya tidak kira harga, asalkan dapat memiliki.


