Perkongsian terbaharu pempengaruh Aslam di Instagram Story menjadi perhatian netizen apabila dia memuat naik sekeping foto sejambak bunga disertakan dengan kapsyen yang dipercayai mempunyai maksud tersirat.

Menerusi hantaran tersebut, Aslam menulis:
“Ada yang menilai terlepasnya sangkar, namun tidak pernah tahu mengapa burung memilih terbang. Cukuplah mengisi bekal untuk hari esok, bukan mencari cela di halaman orang.”
Walaupun tidak menjelaskan kepada siapa kata-kata itu ditujukan, perkongsian berkenaan pantas mencetuskan pelbagai reaksi apabila ramai pengikut membuat andaian serta tafsiran masing-masing.
“Ya Kami Sudah Tidak Tinggal Sebumbung” – Aslam Sakit Perut Di Mahkamah
Hantaran itu dimuat naik tidak lama selepas Mahkamah Rendah Syariah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat Aslam terhadap Marissa Dania pada 22 Mei lalu adalah sah, sekali gus menamatkan perkahwinan mereka.
Sebelum ini, Aslam dan Marissa mendirikan rumah tangga di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.
Dalam temu bual bersama media selepas prosiding mahkamah, Aslam berkata dia menerima segala yang berlaku dengan hati terbuka dan berharap orang ramai berhenti melemparkan kecaman terhadap dirinya serta bekas isterinya.
“Saya harap netizen berhenti berkata buruk kerana ia turut memberi kesan kepada keluarga kedua-dua belah pihak,” katanya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Ya Kami Sudah Tidak Tinggal Sebumbung" - Aslam Sakit Perut Di Mahkamah
The post “Tidak Pernah Tahu Mengapa Burung Memilih Terbang” – Hantaran Aslam Jadi Tumpuan Warga Maya first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
