Tidak Pulang Sudah Empat Hari, Lelaki Ditemui Maut Tertimbus

22 Sep 2024 • 12:54 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tidak Pulang Sudah Empat Hari, Lelaki Ditemui Maut Tertimbus

Seorang lelaki warga tempatan ditemui maut tertimbus pada Sabtu, selepas dikatakan tidak pulang sejak empat hari lalu.

Mangsa yang berusia 56 tahun itu dipercayai sedang mencari emas di Kampung Cabang Bijih, Perala, Sokor.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kemahang, Pegawai Bomba Tertinggi II Disagar Mani Mustafa, mengesahkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pihak polis sekitar jam 4.11 petang.

“Setiba di lokasi, anggota bertugas telah melakukan kerja-kerja carian awal di kawasan tersebut yang digenangi air sedalam 0.5 meter,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menurut beliau, bagi melancarkan operasi, pasukan bomba terpaksa menggunakan jengkaut untuk mempercepatkan proses mencari mangsa.

Beliau berkata, mayat mangsa berjaya ditemukan pada kira-kira jam 5.56 petang.

Tambah beliau, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Tanah Merah bagi tindakan lanjut.

“Mengikut maklumat keluarga, mangsa sudah empat hari tidak pulang ke rumah bermula Selasa lalu.

“Semasa dibawa keluar, mayatnya sudah membengkak,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa dipercayai melakukan aktiviti mencari emas di tebing sungai yang mempunyai struktur tanah tidak kukuh.

Sumber: Sinar Harian