Tidak rasmi: BN berjaya pertahan kerusi DUN Ayer Kuning

LocalPolitics
26 Apr 2025 • 8:32 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

TAPAH - Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Pada persaingan tiga penjuru dalam pilihan raya kecil berkenaan, calon BN Dr Mohamad Yusri Bakir menang dengan majoriti 4,751 undi apabila memperoleh 10,354 undi selepas 63 daripada keseluruhan 67 peti undi siap dikira.

Calon Perikatan Nasional Abd Muhaimin Malek meraih 5,603 undi manakala Bawani KS (Parti Sosialis Malaysia) mendapat 1,004 undi.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung. 

Pilihan Raya Umum ke-15 pada November 2022 menyaksikan Allahyarham Ishsam, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, memenangi kerusi DUN berkenaan dengan majoriti 2,213 undi dalam saingan lima penjuru. - 26 April, 2025

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved