[TIDAK RASMI] DUN Usukan dimenangi Salleh Said Keruak

LocalPolitics
29 Nov 2025 • 8:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Salleh Said Keruak berjaya mempertahankan kerusi DUN Usukan buat penggal kedua.

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan buat penggal kedua.

Perkembangan tersebut turut menambah jumlah kerusi dimenangi Barisan Nasional (BN) setakat ini kepada empat berdasarkan keputusan tidak rasmi pada Sabtu.

PRN Sabah 2025 kali ini, kerusi DUN Usukan menyaksikan persaingan enam penjuru termasuk Ketua Wirawati Parti Warisan (Warisan), Isnaraissah Munirah Majilis.

Bendahari UMNO Sabah itu turut dicabar Jefris Muadis (PIS), Ajun Meliyon (Bebas), Datuk Japlin Akim@Abd Hamid (GRS), Mohd Lin Harun (STARSABAH).

Pada 2020, beliau memenangi kerusi DUN Usukan dengan majoriti 4,298 undi.