Tidak Rasmi: GRS Dahului Di 29 Kerusi DUN

LocalPolitics
29 Nov 2025 • 10:27 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tidak Rasmi: GRS Dahului Di 29 Kerusi DUN

KOTA KINABALU, 29 Nov (Bernama) — Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 setakat 10.05 malam menunjukkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sedang mendahului apabila berjaya memenangi 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sabah mempunyai sebanyak 73 kerusi DUN dan untuk membentuk kerajaan negeri, majoriti mudah yang diperlukan ialah 37 kerusi.

Parti Warisan pula meraih kemenangan di 18 kerusi manakala Barisan Nasional (BN) memperoleh sembilan kerusi, Pakatan Harapan (PH) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) masing-masing dua kerusi, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) serta Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) masing-masing satu.

Sementara itu, calon Bebas merekodkan kemenangan di lima kerusi.

BACA: PRN Sabah: PH, GRS Peroleh Kerusi Mencukupi Bentuk Kerajaan Negeri Baharu

Keputusan itu menyaksikan Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor berjaya mempertahankan DUN Sulaman manakala Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengekalkan kerusi Senallang dan Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick mempertahankan DUN Kadamaian.

Sementara itu, dua veteran politik iaitu Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Tan Sri Anifah Aman serta bekas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia masing-masing tewas di DUN Bongawan dan Pintasan.

Keputusan malam ini turut memberikan kejutan apabila DAP kalah di semua lapan kerusi yang ditandingi.

Sumber: Bernama

The post Tidak Rasmi: GRS Dahului Di 29 Kerusi DUN appeared first on Siakap Keli.