[TIDAK RASMI] Hajiji pertahan DUN Sulaman

LocalPolitics
29 Nov 2025 • 8:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Presiden Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman yang sekian lama menjadi benteng politik beliau.

KOTA KINABALU - Presiden Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman yang sekian lama menjadi benteng politik beliau.

Kemenangan di kubu tradisi itu bukan sekadar memperkukuh kedudukan Hajiji, malah menambah lonjakan sokongan terhadap GRS yang kini mengumpul sembilan kerusi dalam keputusan tidak rasmi setakat ini.

Selain Sulaman, gelombang kemenangan GRS turut melanda lapan lagi kawasan iaitu Banggi, Membakut, Pitasan, Kemabong, Apas, Kuamut dan Sungai Manila.

DUN Sulaman menyaksikan saingan lima penjuru, dengan penyandangnya ditentang calon muda dan muka baharu daripada Barisan Nasional (BN), Dr Shahnon Rizal Thaijuddin, Mokhtar Hussin (Warisan), Tiaminah @ Siti Aminah Ele (PN) dan Pajudin Nordin (PIS).

Hajiji mempertahan kerusi DUN Sulaman sejak 1990 dengan menang majoriti 3,099 undi dalam saingan tiga penjuru pada PRN16 lalu.

Semua 882 pusat mengundi di seluruh Sabah dibuka tepat jam 7.30 pagi tadi, melibatkan 3,558 saluran mengundi dan akan ditutup secara berperingkat antara 12 tengah hari hingga 5.30 petang.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved