[TIDAK RASMI] Kinabatangan, Lamag kekal milik BN - Asyraf Wajdi

LocalPolitics
24 Jan 2026 • 8:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar keputusan tidak rasmi PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag yang dikongsi Asyraf Wajdi di Facebook.

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan bahawa BN memperoleh kemenangan di Parlimen Kinabatangan dengan majoriti 12,426 undi menerusi 111 saluran daripada keseluruhan 119 saluran.

"Kemenangan juga buat BN di DUN Lamag dengan majoriti 3,689 undi. (Saluran: 21 daripada 32)," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Mohd Kurniawan Naim Moktar (BN); Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan); dan Goldam Hamid (Bebas).

Bagi DUN Lamag pula, pertandingan menyaksikan saingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved