[TIDAK RASMI] PRK NENGGIRI: BN menang besar

LocalPolitics
17 Aug 2024 • 8:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Nyanyian 'Terima kasih undi BN' bergema di Balai Rakyat Cekati selepas pemgumuman keputusan tidak rasmi memberi kemenangan besar kepada BN pada PRK Nenggiri pada Sabtu.

image is not available
Ahmad Jazlan menunjukkan tanda bagus selepas BN menang tidak rasmi pada DUN Nenggiri

GUA MUSANG - [DIKEMAS KINI] Nyanyian 'Terima kasih undi BN' bergema di Balai Rakyat Cekati selepas pemgumuman keputusan tidak rasmi memberi kemenangan besar kepada BN pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.

Calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani tidak rasmi memenangi PRK Nenggiri mengalahkan calon PN, Mohd Rizwadi Ismail yang menggunakan logo Pas.

Kem BN menyambut kemenangan tidak rasmi itu selepas kiraan di semua 47 saluran menyaksikan calon BN menang dengan 3,372 undi majoriti.

Berdasarkan kiraan tidak rasmi calon BN memperoleh 9,113 undi manakala calon Pas mendapat 5,741 undi.

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakob ketika berucap berkata, Orang Asli antara pengundi yang banyak membantu selain pengundi di kawasan Nenggiri.

"Kita sangat gembira dengan kemenangan ini kerana semua bekerjasama untuk meletakkan BN di Nenggiri," katanya.

"Inilah kali pertama saya melihat jentera sangat disiplin, kita semua bekerja dengan ikhlas," katanya.

Hadir sama, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Ahmad Maslan.