[TIDAK RASMI] PRN Johor: Tiada calon PN, Muda atau Bersama mendahului mana-mana kerusi

LocalPolitics
11 Jul 2026 • 8:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [TIDAK RASMI] PRN Johor: Tiada calon PN, Muda atau Bersama mendahului mana-mana kerusi
Keputusan tidak rasmi menerusi maklumat yang dikongsikan di portal PRN Johor 2026 untuk calon DAP.

SHAH ALAM – Tiada calon daripada Perikatan Nasional (PN), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mahupun Parti Bersama Malaysia (Bersama) mendahului di mana-mana kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor setakat keputusan tidak rasmi pada jam 8.30 malam, Sabtu.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, PN yang mempertaruhkan 33 kerusi, Muda yang bertanding di empat kerusi dan Bersama yang meletakkan calon di 15 kerusi masih gagal mendahului mana-mana kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Proses pengiraan undi di semua pusat penjumlahan rasmi masih berlangsung dan keputusan rasmi dijangka diumumkan oleh pihak berkuasa pilihan raya selepas selesai proses pengesahan tidak lama lagi.

Sebanyak 56 kerusi DUN dipertandingkan pada PRN Johor dengan 29 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri melalui majoriti mudah.

Pada PRN Johor ke-15 yang berlangsung pada Mac 2022, Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Peratusan keluar mengundi bagi setakat jam 4 petang Sabtu, merekodkan 63.13 peratus.

Berdasarkan infografik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 1,693,625 daripada 2,682,642 pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab masing-masing.

DUN Semarang mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 72.6 peratus, diikuti Sri Medan (71.6 peratus) dan Sedili (70.5 peratus).

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved