[TIDAK RASMI] Shafie Apdal menang di DUN Senallang

LocalPolitics
29 Nov 2025 • 7:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada Sabtu.

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada Sabtu.

Menurut keputusan tidak rasmi setakat jam 7.45 petang, beliau mengalahkan tiga pencabar lain, Datuk Marunda KK Ampong, 66, daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Mohd Lipai @ Samsu Sundalu, 56, mewakili Parti Impian Sabah (PIS) dan Abdul Majid Angkulan daripada Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA).

Pada PRN16 lalu, Mohd Shafie memperoleh 6,363 undi dengan majoriti 4,631 dalam saingan lima penjuru.

Manakala semasa penggal pertamanya, beliau meraih 7,754 undi dalam persaingan dua penjuru, mencatat majoriti selesa sebanyak 5,301 undi.

Selain itu, calon Warisan lain, Jamil Hamzah, turut mencatat kemenangan di DUN Bugaya.

Keputusan tidak rasmi juga menunjukkan Thien Ching Qiang dari WARISAN menang di DUN Tanjong Papat.