Tidak Reka Cerita Orang Ketiga, Farid Kamil Ada Bukti Bergambar

28 Mar 2023 • 11:08 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Farid Kamil di set penggambaran ‘Gold’ - Gambar oleh Wafa Aula

Pelakon Farid Kamil mendakwa mempunyai bukti bergambar orang ketiga yang menjadi punca keretakkan rumah tangganya.

Namun bagi menghormati prosedur mahkamah dan proses pengadilan, pelakon itu enggan menunjukkan gambar yang dimaksudkan kepada umum. 

“Saya tak keluarkan kata-kata begitu (dakwaan curang). Cuma saya ada bukti bergambar.

"Namun saya tak boleh tunjuk kepada umum sekarang kerana saya perlu dedahkan di mahkamah. 

“Saya tak mahu menimbulkan persepsi yang boleh mengaibkan saya, isteri dan anak-anak,”
katanya kepada Getaran di set penggambaran filem Gold di sini hari ini.

Di sebalik kemelut masalah peribadi yang melandanya, Farid bagaimanapun bersyukur karier lakonannya tetap menyerlah beberapa tahun belakangan ini.

“Di sebalik semua ujian ini, saya bersyukur kerana kerjaya lakonan saya berjalan seiringan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Farid sedang sibuk membintangi filem terbaru bertajuk Gold terbitan Astro Shaw menceritakan tentang atlet paralimpik negara, Chaeh Liek Hou dalam perjuangannya membawa pulang medal emas untuk negara pada tahun 2020. 

Farid membawakan watak Rashid Sidek disamping pelakon handalan lain seperti Jack Tan, Freddie Ng dan Wan Raja. - Getaran, 23 Mac 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved