Tidak sampai sebulan saya balik semula ke Malaysia, Indonesia terlalu sesak – Daler Yusuf

LocalEntertainment
11 Aug 2026 • 12:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tidak sampai sebulan saya balik semula ke Malaysia, Indonesia terlalu sesak – Daler Yusuf

PETALING JAYA: Pelakon, Daler Yusuf, mendedahkan pernah mengambil keputusan pulang ke Malaysia selepas tidak sampai sebulan mencuba nasib dalam industri hiburan di Indonesia.

Daler atau Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 34, berkata, perbezaan budaya dan keadaan lalu lintas yang terlalu sesak di Jakarta menjadi merupakan antara sebab dia tidak sanggup menetap di negara jiran berkenaan.

“Kalau saya, saya tidak akan pergi! Pada tahun 2017 dulu, saya mendapat tawaran watak utama berturut-turut di Malaysia dan turut mendapat tawaran filem dan sinetron di Indonesia.

“Saya pergi ke sana tetapi kedua-duanya hanya watak kecil dan saya perlu pergi untuk uji bakat setiap hari. Tidak sampai sebulan, saya kembali semula ke Malaysia,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Daler menyuarakan pengalaman itu bagi membalas komen Azrel Ismail yang bertanyakan pandangan mengenai tawaran berlakon di Jakarta yang menghendakinya berpindah ke sana.

Menurut Daler, faktor persekitaran yang padat di sana amat sukar untuk disesuaikan dengan gaya hidupnya.

“Malaysia adalah tempat yang terbaik untuk saya. Saya tidak boleh sesuaikan diri dengan kesesakan jalan raya dan tempat yang sesak di Jakarta.

“Budaya di sana pun saya tidak biasa. Saya sayang Malaysia,” katanya.

Untuk rekod, Daler Yusuf mula aktif dalam industri hiburan di Malaysia pada sekitar tahun 2015 dan popular dengan drama yang dibintanginya iaitu Tuan Anas Mikael.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved