Tidak sempat jadi pengantin, lelaki ditahan miliki syabu dalam kereta

8 Sep 2023 • 11:52 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 8 SEPT: Seorang lelaki tidak sempat melangsungkan perkahwinan esok selepas ditahan bersama 2.1kg dadah dipercayai syabu di Jalan Timur, Tawau Rabu lalu.

Ketua polis daerah Tawau berkata dadah bernilai RM120,000 ditemui pada suspek, 30, yang memandu dalam keadaan mencurigakan apabila ternampak polis, lapor Berita Harian.

Menurut Asisten Komisioner Jasmin Hussin, suspek kemudian cuba melarikan diri dengan keretanya tetapi berjaya ditahan polis selepas dikejar beberapa kilometer.

“Pemeriksaan awal ke atas suspek menjumpai satu bungkusan plastik di dalamnya mengandungi empat plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu.

“Pemeriksaan polis turut menemukan sebuah kotak mengandungi dua bungkusan plastik hijau bertulis ‘Guanyinwang’ iaitu bahan hablur jernih mampat disyaki dadah jenis sama (syabu),” katanya.

Jasmin berkata suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau pernah ditangkap mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 pada 2016 berdasarkan siasatan lanjut.

Suspek direman tujuh hari bermula 7 September mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved