Tidak sempat pakai tudung, pelajar perempuan dakwa diseret polis

3 Nov 2026 • 10:46 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tidak sempat pakai tudung, pelajar perempuan dakwa diseret polis

JAKARTA – Ketua Polis Negara Indonesia, Jeneral (polis) Suyudi Ario Seto melucutkan jawatan  Ketua Polis Daerah Sukoharjo,  Andika Dharma Sena susulan serbuan dan penggeledahan kontroversi di sekolah pondok Hamalatul Quran (HQ), wilayah Jawa Tengah, lapor saluran berita RCTI.

Tindakan tatatertib tersebut dimuktamadkan menerusi Surat Telegram Ketua Polis Indonesia  bertarikh 2 November 2026, berikutan bantahan meluas daripada pihak pengurusan serta pelajar institusi pengajian Islam tersebut selepas serbuan dilakukan pada 27 Oktober lalu di Sukoharjo dan Karanganyar.

Ketua Biro Penerangan Masyarakat Bahagian Perhubungan Awam Polis Republik Indonesia, Brigedier Jeneral (polis) Trunoyudo Wisnu Andiko mengesahkan perkara  itu dalam satu kenyataan media di Ibu Pejabat Polis Indonesia, semalam.

Menurut Trunoyudo, Andika telah dipindahkan ke ibu pejabat polis, manakala tempat beliau digantikan oleh AKBP Indra Maulana Saputra yang sebelum ini menerajui Ibu Pejabat Polis Daerah Boyolali. 

Kekosongan di Boyolali pula diisi oleh AKBP Christopher Adhikara Lebang daripada  Bahagian Trafik Polis Daerah Jawa Tengah.

Selain pelucutan jawatan tersebut, Bahagian Profesion dan Keselamatan Polis Indonesia  turut menggantung tugas dan menyiasat tiga pegawai kanan lain yang terlibat secara langsung dalam operasi itu atas dakwaan pelanggaran kod etika.

“Tindakan tegas termasuk menggantung kerja  dan siasatan dalaman ini diambil sebagai bentuk kebertanggungjawaban pihak berkuasa terhadap aduan rasmi yang dikemukakan oleh para pelajar dan pihak pentadbiran pondok berkenaan,” jelas Trunoyudo.

Kesemua pegawai terbabit kini berdepan tindakan disiplin lanjut sementara siasatan terperinci mengenai prosedur operasi standard (SOP) serbuan diteruskan.

Dakwaan kekerasan polis itu berlaku terhadap pelajar perempuan dan guru semasa serbuan di ibu pejabat sekolah pondok berkenaan di  Sukoharjo, Jawa Tengah..

Ia berikutan laporan bahawa 12 pelajar perempuan dan empat guru bahawa  menjadi mangsa  kekerasan  

Pihak pengurusan sekolah tersebut mendakwa bahawa pelajar-pelajar perempuan  itu diseret dari bilik mereka, ditengking, dan diancam dengan senapang semasa tidak memakai tudung. 

Serbuan itu dikaitkan dengan kes pembakaran dan vandalisme melibatkan sebuah restoran, Mi dan Babi Tepi Sawah, di Parang. – AGENSI

 

The post Tidak sempat pakai tudung, pelajar perempuan dakwa diseret polis appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved