Tidak Serah Penyata Tahunan, KPDN Keluarkan Kompaun RM4.4 Juta Kepada 12 Syarikat Berkaitan GISBH

LocalBusiness & Finance
27 Sep 2024 • 1:56 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kompaun berjumlah RM4.4 juta telah dikenakan terhadap 12 syarikat yang berkaitan dengan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) baru-baru ini, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata kompaun itu dikeluarkan selepas siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati kesemua syarikat terbabit tidak menyerahkan penyata tahunan dan penyata kewangan masing-masing.

Selain GISBH, terdapat sebanyak 17 syarikat lain menggunakan nama GISB dalam pendaftaran SSM. Pada masa yang sama, semakan data dan laman sesawang berkaitan GISB atau ‘Ikhwan’ pula mendapati sebanyak 201 perniagaan boleh dikaitkan dengan GISB.

image is not available

Tambahnya, dalam isu berkaitan GISBH ini pihak KPDN bertanggungjawab untuk membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada segi perundangan serta ketidakpatuhan terhadap akta berkaitan oleh rangkaian-rangkaian perniagaan mereka.

Antara tanggungjawab syarikat setiap tahun ialah perlu mengemukakan penyata kewangan mereka yang sudah diaudit namun sasatan SSM mendapati 12 syarikat itu tidak patuh dengan tanggungjawab menyerahkan penyata tahunan dan penyata kewangan.

image is not available 3 days ago

HQ Di Rawang Ibarat ‘Pekan Hantu’, Bisnes GISBH Melingkup Selepas Ramai Larikan Diri Takut Ditahan Polis