
GABUNGAN Rakyat Sabah (GRS) kini menumpukan pembangunan negeri berbanding menggantikan Kerajaan Perpaduan melalui “tebuk atap” atau gerakan pintu belakang, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Masidi Manjun (gambar).
Katanya, pendirian gabungan itu jelas menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan bagi memastikan usaha ke arah pembangunan ekonomi dapat diteruskan dengan lancar.
Menteri Kewangan Negeri itu berkata GRS juga menyokong Anwar untuk terus menerajui pentadbiran semasa sehingga penggal akhir kerajaan.
“Bagi GRS, tumpuan kami adalah kepada pemulihan ekonomi kerana rakyat terjejas akibat ekonomi tidak menentu pada masa ini. Oleh itu, kami menumpukan usaha untuk membina semula ekonomi dan menyalurkan segala usaha kami ke arah ini.
SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more “Kami juga selesa dengan Kerajaan Perpaduan kerana kami rasa dihargai. Dalam mana-mana kerajaan, setiap ahli perlu dianggap penting, jadi kami merasakan GRS adalah komponen penting dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya.
Masidi ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Krismas Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) di dewan KDCA Hongkod Koisaan di Penampang, dengan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin turut hadir.
Sabtu lalu, Anwar melahirkan keyakinan bahawa episod ‘tebuk atap’ menukar pentadbiran melalui gerakan pintu belakang tidak akan berlaku kerana kerajaan sedia ada mendapat sokongan padu daripada Sarawak.
Perdana Menteri berkata dalam situasi politik semasa, peranan atau pendirian GPS agak kritikal kerana hanya dengan kenyataan dan sokongan daripada parti-parti terkemuka Sarawak (GPS) dan Sabah (GRS) sahaja perubahan kerajaan seperti itu boleh berlaku.
Selain PBS dan Star, GRS turut dianggotai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Maju Sabah (SAPP), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan Parti Liberal Demokratik (LDP).
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


