‘Tidak wajar kurangkan elaun pembangunan Ahli Parlimen’

Politics
5 Feb 2023 • 1:19 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Langkah kerajaan mengurangkan peruntukan pembangunan bagi Ahli Parlimen tahun ini, bukan permulaan baik untuk merapatkan jurang pembangunan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, kata Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis.

Isnaraissah berkata, mengambil kira kira saiz keluasan parlimen yang jauh lebih besar di Sabah dan Sarawak, ditambah masalah kedaifan dan kemiskinan rakyatnya, peruntukan sedia ada seharusnya dikekalkan malah sepatutnya ditambah.

“Dua wilayah ini jauh ketinggalan dari segi pembangunan berbanding Semenanjung. Kerajaan harus mengekalkan peruntukan sedia ada, malah sepatutnya menambah, bukan dipotong atau dikurangkan,” kata Isnaraissah dalam satu kenyataan, Sabtu.