Tidal Memperkenalkan Ciri Profil Pengguna Untuk Kongsi Senarai Main

TechnologyDigital
3 Nov 2022 • 4:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tidal adalah antara platform penstriman muzik yang menawarkan muzik kualiti audio nirhilang 1411Kbps dan kualiti Hi-Res 2304-9216 Kbps. Tidal boleh dikatakan bersaing dengan Apple Music dan Spotify, tetapi ia tidak begitu popular kerana pengalaman penggunaan yang tidak begitu mesra pengguna.

image is not available

Terkini, selepas sekian lama – Tidal akhirnya menawarkan ciri profil pengguna. Pengguna kini boleh mempunyai profil tersendiri untuk berkongsi senarai main, mengikuti pengguna lain dan mengikuti artis. Melaluinya, profil yang ditetapkan boleh dikongsi kepada umum atau tetapkan ia sebagai profil peribadi agar mereka yang ada pautan sahaja boleh diakses.

image is not available

Profil ini turut boleh memaparkan pelbagai koleksi muzik peribadi. Selain itu, akan datang apabila semakin ramai pengguna menggunakan profil ini – akan ada semakin banyak senarai main umum boleh diakses. Ini adalah seperti yang diperkenalkan Spotify sejak bertahun lalu. Bermakna di Tidal, carian muzik akan semakin mudah dan tidak lagi terhad kepada senarai main yang dipilih oleh Tidal sendiri sahaja.

image is not available

Ciri profil ini sudah diedarkan kepada semua pengguna, termasuk di Android, iOS dan untuk Windows. Tetapi dalam semakan saya, setakat artikel ini ditulis ia hanya ada di Windows dan aplikasi iOS versi beta sahaja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved