“Tidur, Tak Pergi Kelas” – Saksi Buka Mulut, Suga BTS Dilapor Suka Curi Tulang Dalam Tentera

LocalEntertainment
13 Aug 2024 • 2:21 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selepas terlibat dengan kes pandu mabuk, nama Suga BTS sekali lagi disebut atas dakwaan curi tulang ketika berkhidmat dalam tentera.

Terbaru, seorang pekerja perkhidmatan awam telah mendedahkan sikap sebenar Suga ketika berkhidmat dengannya pada November tahun lalu.

Khususnya, pekerja itu mendakwa bahawa idola tersebut merupakan ketua kumpulan tetapi dia sering tidak datang ke kelas,

Suga tidak menghadiri mana-mana kelas sepanjang tempoh latihan selama lima hari. Malah, pengajar menyedari bahawa kelakukannya keterlaluan. Suga akan bangun tidur, menganggukkan kepalanya tanpa faham apa-apa, melihat telefon dan kemudian tidur semula.

Tulisnya lagi dalam dakwaan yang dibuat,

Kumpulan Suga mempunyai kadar penyertaan paling rendah disebabkan kelakuannya. Dia juga seperti pembuli di sekolah yang cuba bersikap ganas di awal semester.

image is not available

Kini, aduan tersebut telah diserahkan kepada Pentadbiran Tenaga Kerja Tentera Serantau Seoul, di mana siasatan lanjut akan dimulakan.

Namun setakat ini, Big Hit Music masih belum memberi sebarang respon lagi mengenai laporan yang dibuat.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.