Tien Wah jual RM1 nilai anak syarikat perniagaan acara dan katering, namun tuntut hutang RM14 juta

LocalBusiness & Finance
21 Sep 2026 • 5:00 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Tien Wah jual RM1 nilai anak syarikat perniagaan acara dan katering, namun tuntut hutang RM14 juta Image from: Tien Wah jual RM1 nilai anak syarikat perniagaan acara dan katering, namun tuntut hutang RM14 juta amree21/09/2026 - 17:00 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 21 SeptTien Wah Press Holdings Berhad (TWPH) melengkapkan penjualan 100% pegangan dalam Tien Wah Press Services Sdn Bhd (TWPS) kepada Asia Regal Enterprises Limited (AREL) pada pertimbangan tunai nominal RM1, namun menuntut hutang berjumlah RM14.14 juta.

 

Pelupusan itu diselesaikan pada 21 September 2026 selepas semua terma dan syarat dalam perjanjian jual beli saham (SSA) dipenuhi, sekali gus membolehkan kumpulan itu keluar daripada perniagaan acara dan katering yang sebelum ini menjejaskan prestasi kewangan kumpulan.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, TWPH berkata, AREL mengakui hutang TWPS kepada kumpulan tersebut berjumlah RM14.14 juta dan bersetuju menjelaskannya mengikut jadual bayaran yang sudah dipersetujui secara bersama.

 

"Bayaran berkenaan meliputi sebanyak RM1.2 juta selepas SSA ditandatangani, diikuti dengan enam kali ansuran antara RM2 juta hingga RM2.94 juta yang perlu dijelaskan secara berperingkat sehingga Disember 2029," kata kenyataan kumpulan tersebut.

 

TWPH menjelaskan pertimbangan RM1 itu tidak menggambarkan nilai keseluruhan pelupusan kerana kumpulan akan mengekalkan hak untuk mendapatkan semula RM14.14 juta tersebut menerusi aturan pembayaran yang dipersetujui dengan pembeli.

 

Langkah berkenaan merupakan sebahagian daripada keputusan strategik TWPH untuk keluar daripada perniagaan acara dan katering yang dikendalikan TWPS, selain mengurangkan pendedahan kumpulan terhadap risiko operasi dan kewangan urus niaga tersebut.

 

Tien Wah_DagangNews2026

 

TWPS, yang diperbadankan pada Disember 2024 dan menjalankan aktiviti makanan dan minuman (F&B), pengurusan acara serta pegangan pelaburan, berada dalam kedudukan liabiliti bersih kira-kira RM5 juta sebelum pelupusan.

 

"Selepas transaksi diselesaikan, TWPS tidak lagi menjadi anak syarikat tidak langsung milik penuh TWPH dan keputusan kewangannya selepas itu tidak lagi disatukan dalam penyata kewangan kumpulan ini," jelas TWPH.

 

Selain itu, pelupusan tersebut membolehkan kumpulan menyusun semula fokus dan sumber kepada perniagaan teras, selain mengurangkan komitmen operasi serta kewangan berkaitan perniagaan jamuan dan acara yang berprestasi kurang memberangsangkan.

 

Dalam perjanjian itu, pembeli turut memberikan aku janji berkaitan aset dan kepentingan tertentu, termasuk tidak melupuskan pegangan dalam Benline Investment Holdings Pte Ltd dan Fuji Paper Manufacturing Co Ltd, atau berurusan dengan tanah di Vietnam sehingga hutang RM14.14 juta dilangsaikan sepenuhnya.

 

Lembaga Pengarah TWPH berkata pelupusan tersebut adalah demi kepentingan terbaik kumpulan, manakala transaksi berkenaan merupakan urus niaga bukan pihak berkaitan dan diselesaikan selepas semua syarat dalam SSA dipenuhi. - DagangNews.com

Terkini standard
View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved