Tiga anak Almy Nadia, Fizz Fairuzz naik pentas raih Anugerah Bintang Akademik. 'Alhamdulillah buat mama papa happy'

EntertainmentFamily & Parenting
24 Nov 2025 • 9:58 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

ALHAMDULILLAH, demikian tutur pelakon Datin Almy Nadia selepas anak tiga anaknya meraih anugerah kecemerlangan akademik.

Aktres siri popular Dunia Baru itu berkongsi foto dan video Nur Afrina Arianna, 10; Nur Afrina Aurora, 9; Nur Afrina Ayra, 7; naik ke pentas menerima sijil dan trofi daripada pihak sekolah.

image is not available

Momen bermakna itu disyukuri dan kejayaan akademik disifatkannya sebagai hadiah pada penghujung tahun ini. 

Amy sempat menitip nasihat agar tiga puterinya terus berusaha lebih keras pada masa hadapan.

"Tahun ni Alhamdulillah syukur ada manis-manis di hujung tahun. Buah tangan daripada tiga beradik ini buat mama papa happy @fizzfairuzofficial.

"Alhamdulillah. Tahun depan usaha lagi ok anak-anak," titip Almy.

image is not available

Warga maya mengucapkan tahniah dan mendoakan tiga cahaya mata pasangan itu terus cemerlang pada masa akan datang.

Baru-baru ini, Fizz Fairuz juga meraih sijil melalui program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) pada Majlis Konvokesyen kelapan Akademi Kreatif Meatech.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved