Tiga beranak terselamat kereta terjunam kolam takungan banjir

4 Apr 2023 • 3:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota Bomba menyelamatkan tiga beranak selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke dalam kolam takungan banjir berhampiran bulatan Mergastua, Jalan 3/40 Taman Pusat Kepong pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Tiga beranak berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaiki terbabas lalu terjunam ke dalam kolam takungan banjir berhampiran bulatan Mergastua, Jalan 3/40 Taman Pusat Kepong dekat sini pada Selasa.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Rossli Abu Hassan berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 12.40 tengah hari.

"Seramai enam anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Saga.

"Terdapat tiga mangsa warga asing, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun menaiki kenderaan itu," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, lelaki dan wanita terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan manakala kanak-kanak itu hanya mengalami luka kecil.

"Ketiga-tiga mangsa berjaya dibawa naik ke atas tebing kolam kira-kira jam 1 petang sebelum kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan,"ujarnya.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved