Tiga cedera bas ekspres terbabas

15 Mar 2025 • 4:08 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: Tiga cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres yang terbabas di bahu jalan berdekatan Dewan Malaysian Relief Agency (MRA) Pos Slim, Jalan Simpang Pulai menghala ke Cameron Highlands, awal pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.30 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres yang membawa penumpang sebanyak 23 orang warga Singapura telah terbabas ke bahu jalan.

“Terdapat seorang lelaki iaitu pemandu bas mengalami kecederaan patah kaki telah dibawa keluar dari bas oleh orang awam dan dua orang penumpang mengalami kecederaan ringan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata kesemua mangsa telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 6.41 pagi.