
LAHAD DATU: Tiga cedera dalam kemalangan membabitkan dua lori di Jalan Tamoi, berdekatan Kolej Vokasional Lahad Datu, di sini, pada Khamis.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, jabatan menerima panggilan kecemasan pada 3.36 petang susulan kejadian itu.
Satu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu dikerah ke tempat kejadian dan tiba 10 minit kemudian.
Apabila tiba, pasukan melaporkan kemalangan itu melibatkan sebuah lori sampah dan sebuah lori kontena.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Tiga orang cedera dan diberi rawatan awal oleh pasukan sebelum dibawa ke Hospital Lahad Datu dengan ambulans untuk rawatan lanjut.
Pasukan menamatkan operasi pada 4.26 petang selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
