
SHAH ALAM, 21 JUN: Tiga daerah di Selangor iaitu Gombak, Petaling dan Hulu Langat serta Kuala Lumpur dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir serta angin kencang hingga jam 7 malam ini.
“Amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang turut membabitkan Bentong dan Bera di Pahang; Jelebu dan Jempol di Negeri Sembilan; Limbang, Sarawak; Telupid, Beluran dan Sandakan di Sabah,” kata
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook.
Menurut MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
The post Tiga daerah di Selangor, Kuala Lumpur diramal hujan hingga 7 malam appeared first on Selangorkini.
