Tiga Dipercayai Maut, Nahas Lima Kenderaan Di Kluang

LocalCars
28 Mar 2025 • 9:01 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tiga individu dipercayai maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS arah Selatan, Kluang lewat malam tadi.

image is not available

Foto: Media Sosial

Menurut laporan Harian Metro, insiden yang berlaku sekitar jam 11.48 malam itu turut menyebabkan dua buah kenderaan iaitu kenderaan pelbagai guna (MPV) dan treler terbakar.

Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Nizar Mamun berkata pihaknya mengesahkan terdapat mangsa yang maut, namun butiran lanjut masih dalam siasatan.

image is not available

Foto: Media Sosial

Seramai 13 anggota bomba dair BBP Renggam dan Kulai bersama tiga jentera digerakkan ke lokasi bagi menjalanakan operasi menyelamat.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati kebakaran membabitkan MPV Honda Stepwagon dan treler. Kemalangan juga membabitkan Toyota Camry dan Proton X50,” katanya.

image is not available

Foto: Media Sosial

Maklumat awal mendapati tiga individu yang menaiki Toyota Camry terselamat, manakala seorang lelaki dan seorang wanita yang berada dalam Proton X50 mengalami kecederaan serta seorang lagi lelaki yang berada dalam treler turut dilaporkan cedera.

Sementara itu, MPV Honda Stepwagon dilaporkan membawa seorang lelaki, empat wanita serta dua kanak-kanak, masing-masing seorang lelaki dan seorang perempuan.

image is not available

Foto: Media Sosial

Nizar menjelaskan, punca sebenar kemalangan masih disiasat, dan pihak berkuasa sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian ini.

Sumber: Harian Metro (Mohamad Fahd Rahmat)