Tiga direman kes salah guna libat kontrak MAIWP Labuan RM2.6 juta

LocalPolitics
6 May 2026 • 1:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tiga direman kes salah guna libat kontrak MAIWP Labuan RM2.6 juta
Tiga individu termasuk seorang penolong jurutera kanan di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa melibatkan kontrak pengurusan dan penyelenggaraan kemudahan bernilai RM2.6 juta.

LABUAN - Tiga individu termasuk seorang penolong jurutera kanan di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa melibatkan kontrak pengurusan dan penyelenggaraan kemudahan bernilai RM2.6 juta.

Majistret Dr Melissa Chia mengeluarkan perintah reman itu yang berkuat kuasa hari ini sehingga 12 Mei susulan permohonan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan, Andrew Alexander Malibin.

Mengikut fakta kes, penolong jurutera kanan itu didakwa menyalahgunakan jawatannya dengan menggunakan lesen kontraktor utama untuk melantik syarikat subkontraktor yang berkaitan dengan ahli keluarganya bagi menjalankan kerja pengurusan kemudahan dan penyelenggaraan di Kompleks Darul Kifayah MAIWP Labuan.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009, yang merujuk kepada kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan.

Ketiga-tiga mereka ditahan pada 5 Mei selepas merekodkan keterangan di pejabat SPRM, di sini. - Bernama 

 

 

 

 

 

View Original Article