Tiga ditahan miliki syabu di Lahad Datu

LocalPolitics
23 Feb 2026 • 4:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAHAD DATU: Polis menahan tiga lelaki atas kesalahan memiliki syabu dalam satu operasi di Kampung Tanjung Batu, Jalan Tanjung Labian pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Dzulbaharin Ismail berkata bertindak atas risikan berkaitan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di kawasan itu, sepasukan polis telah menyerbu sebuah rumah tidak bernombor kira-kira jam 1 pagi.

Dalam serbuan tersebut tiga lelaki terdiri daripada seorang warga tempatan dan dua warga asing yang berjaya ditahan.

“Hasil pemeriksaan di lokasi menemui sebuah beg pinggang mengandungi dua plastik lut sinar berisi bahan disyaki syabu seberat 5.18 gram.

“Semua suspek berusia antara 29 hingga 49 tahun itu juga didapati positif mengambil Amphetamine dan Methamphetamine,” katanya sambil menambah nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM569.80.

Menurut beliau kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Dzulbaharin berkata operasi tersebut mencerminkan komitmen Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dalam membanteras aktiviti jenayah termasuk dadah di daerah terbabit.