Tiga ditahan SPRM berkaitan kes Aman Palestin

14 Feb 2024 • 10:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu kerana disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram hasil daripada penyelewengan dana derma awam Aman Palestin.

Sumber memberitahu, kesemua suspek lelaki berusia lingkungan antara 40-an hingga 50-an telah ditahan kira-kira jam 11.30 pagi Rabu di pejabat SPRM Putrajaya ketika diminta hadir memberi keterangan.

"Ketiga-tiga orang kena tangkap (OKT) termasuk seorang yang menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pada jam 9.00 pagi Khamis dengan lebih 100 pertuduhan.

"Siasatan awal mendapati kesemua OKT terlibat dengan perbuatan itu antara tahun 2018 hingga 2023," katanya pada Rabu.

Sumber juga menyatakan bahawa OKT akan dituduh di bawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved