Tiga fokus tingkat tahap keselamatan Esszone: Victor

8 Jun 2023 • 1:26 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Meningkatkan tahap penguatkuasaan dan operasi bersepadu, memperhebat risikan dan membina jalinan komuniti merupakan tiga fokus utama yang diberi perhatian bagi meningkatkan tahap keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) pada masa ini.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) DCP Victor Sanjos berkata pihaknya sedang meningkatkan penguatkuasaan undang-undang terutama di kawasan perairan Esszone yang menjadi aktiviti laluan kapal dan perikanan bagi memastikan kawasan itu kekal selamat.

“Operasi bersepadu di laut dan darat juga kita teruskan. Saya juga berhasrat mengkaji dan akan berbincang dengan agensi dalam Esscom di mana tempat paling strategik untuk kita letak agensi atau unit bagi kawalan supaya suatu kawasan itu kekal selamat,” kata Victor pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Komander Esscom daripada DCP Mohd Ali Tamby kepada beliau di sini pada Rabu.

Majlis itu disaksikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan turut dihadiri Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali.

SPONSORED CONTENT Carlsberg Golf Classic 2023 Swings Back into Action: The Ultimate #NEXTGEN Golf Tournament Kuala Lumpur: – The Carlsberg Golf Classic (CGC) is back in June this year with the introduction of two digital golf legs to draw beginner golfers, who play off-course in indoor simulators, rebranding it as #NEXTGEN. Read more Mohd Ali akan menjawat tugas sebagai Timbalan Ketua Polis Kelantan berkuat kuasa 3 Julai ini, jawatan yang sebelum ini disandang Victor.

Victor, yang berasal dari Apin-Apin Keningau, berkata pihaknya juga akan berusaha menerapkan penggunaan teknologi terkini antaranya teknologi dron serta kamera keselamatan bagi penguatkuasaan dan pelaksanaan aktiviti keselamatan dalam kawasan Esszone.

Beliau berkata bagi memastikan tindakan penguatkuasaan dan kawalan keselamatan berkesan, Esscom perlu memperhebat aktiviti risikan terutama di kawasan Esszone bagi memastikan tiada kegiatan jenayah berleluasa.

“Risikan ini memerlukan kolaborasi semua peringkat perisikan sama ada di dalam atau luar negara. Tanpa maklumat daripada sumber risikan ini, kita mungkin akan gagal (mengawal keselamatan), jadi kita perlu perhebat risikan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Victor menegaskan kepentingan Esscom membina hubungan erat dengan komuniti setempat dalam kawasan Esszone kerana komuniti memainkan peranan penting antaranya sebagai mata dan telinga bagi mencegah jenayah dalam kawasan itu.

“Komuniti juga mempunyai tanggungjawab yang kita gemblengkan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Esscom Dr Jamaluddin Mohd Ali, jadi kami akan bersama merancang pelbagai strategi dan program kemasyarakatan terutama dalam menyantuni serta mendekati masyarakat dalam Esszone,” katanya.

Ditanya tentang ancaman pengganas dihadapi Esscom terutama pengganas Sulu yang pernah menceroboh negara di Lahad Datu pada 2013, Victor berkata Esscom dan pasukan keselamatan negara sentiasa dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi semua jenis ancaman kepada negara.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.