Tiga jenazah rakyat Palestin korban Mac diserah israel

6 May 2023 • 10:16 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

RAMALLAH: Tentera rejim israel pada Jumaat menyerahkan 3 jenazah rakyat Palestin yang dibunuh lebih 50 hari lalu kepada pihak Palestin.

Hasil koordinasi pejabat perhubungan Palestin bagi penyelarasan keselamatan dengan Israel, ketiga-tiga jasad itu telah diserahkan kepada pihak Palestin di pusat pemeriksaan tentera israel berhampiran bandar Nablus, utara Tebing Barat, memetik kenyataan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin.

image is not available

image is not available

Agensi berita WAFA Palestin mengenal pasti mangsa sebagai Odai Shami 22, Jihad Shami 24, dan Mohammad Dabik 18, yang dibunuh rejim pada 12 Mac ketika mereka berada di dalam sebuah kereta berhampiran pusat pemeriksaan tentera Israel di Sarra dekat Nablus.

Jenazah mereka telah dibawa pergi tentera rejim sejak itu.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Palestin pada November tahun lalu, israel menahan lebih 110 jasad warga Palestin yang dibunuh oleh rejim sejak 2015, termasuk 10 kanak-kanak bawah umur, 8 banduan dan 3 wanita.

Pihak Berkuasa Palestin juga memaklumkan 256 rakyat Palestin yang terbunuh akibat konflik dengan israel sejak 1967 telah dikebumikan di tanah perkuburan di utara jajahan israel.

image is not available
Kredit foto Wafa News Agency

Menurut angka rasmi Palestin, ketegangan antara israel dan Palestin telah mengorbankan lebih 100 rakyat Palestin sejak Januari.

Sementara itu, sumber israel memaklumkan seramai 19 warganya terbunuh dalam tindakan mempertahankan diri yang dilakukan oleh rakyat Palestin di Tebing Barat.

image is not available

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini